Kategori
Berita

Wanita Berpurdah/Berniqab Juga Perlu Memakai Pelitup Muka – Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 22 Okt – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu ciapan di Twitter memaklumkan bahawa wanita yang berpurdah atau berniqab turut disarankan untuk memakai pelitup bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, pemakaian purdah atau niqab tidak menunjukkan sebarang keberkesanan untuk menghalang mereka daripada dijangkiti COVID-19.

“Seperti yang termaktub dengan pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), pemakaian pelitup muka kini diwajibkan apabila berada di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Bagi tujuan pencegahan, terdapat dua jenis pelitup muka yang dibolehkan untuk dipakai iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

Bagi pelitup muka bukan perubatan, ia disyorkan kepada mereka yang tidak mengalami sebarang gejala namun berada di tempat awam manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menyesyorkan pelitup muka perubatan yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut apa yang disyorkan oleh WHO,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, bagi wanita yang memakai purdah atau niqab, beliau mencadangkan anda untuk memakai pelitup muka sama ada perubatan atau fabrik di sebalik (di dalam) purdah yang dipakai itu. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen