Categories
Luar Negara

Kementerian Luar Filipina Akan Buka Semula Jabatan Khas Bagi Menuntut Sabah

MANILA, 1 Sept – Kementerian Luar Filipina hari ini dalam kenyataannya memaklumkan bahawa mereka akan membuka semula jabatan khas dalam usaha untuk menuntut Sabah daripada Malaysia.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr, hari ini mengumumkan melalui satu ciapan Twitter peribadinya bahawa mengenai pembukaan semula pejabat khas dibawah Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA). “Terdapat biro lama di bawah DFA iaitu Pejabat Hal Ehwal Borneo Utara, yang akan tertumpu sepenuhnya mengenai isu ini.

Menurutnya, “pejabat ini akan dihidupkan semula yang khasnya untuk meneliti semula persoalan mengapa usaha merebut semula Sabah ini masih belum selesai termasuk sama ada mahu menghidupkannya atau diberikan nafas baharu”, katanya.

Sebelum ini, Locson telah terpalit kontroversi Julai lal susulan dengan kenyataanya bahawa Sabah ‘bukan berada dalam Malaysia’.Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa tawaran rasuah ‘besar’ ini dibuat oleh calon presiden Filipina kepada pegawai selama bertahun-tahun yang bertujuan untuk menggugurkan tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Tambahnya lagi, “Rakyat Filipina haru tahu apakah tawaran yang dibuat itu sangat besar sehinggakan tercetus niat untuk mengkhianati negara sendiri yang mungkun tidak masuk akal.Tawaran yang sama juga dibuat secara berulang kali oleh beberapa calon presiden sejak akhir 1970-an terutamanya calon pembangkang yang memerlukan dana kempen.

Tuntutan Filipina itu menyusuli dengan keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina yang membenarkan cetakan peta Filipina yang berkeluasan 320 kilometer (km) yang juga merangkumi Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan Sabah yang dinyatakan dalam pasport negara tersebut.

Misi tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jumaat lalu telah menyerahkan nota kepada badan dunia dan menegaskan bahawa ia tidak mengiktiraf tuntutan Filipina terhadap Sabah.Locsin telah memaklumkan kepada media bahawa beliau tidak mahu merosakkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, sebaliknya beliau menegaskan bahawa Filipina tetap tidak akan berputus asa dalam usahanya menuntut Sabah daripada Malaysia.

“Walaupun kita berusaha memastikan ia tidak mempengaruhi hubungan dengan Malaysia, itu terserah kepada mereka tetapi kita tidak akan mengalah.Sebagai penyambung kedaulatan Kesultanan Sulu, Filipina mempunyai pemilikan sah dan kedaulatan atas Borneo Utara, atau apa yang saya panggil sebagai pulau tropika Borneo,” katanya. – AGENSI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading