SEORANG pemilik kucing terpaksa menulis nota kepada semua jirannya yang menyatakan bahawa mereka tidak membunuh kucingnya.Sebaliknya kucing tersebut suka berpura-pura seperti mati apabila terbaring di tengah jalan sambil menjelirkan lidahnya.
Kucing itu diberikan nama Lolly.Dia suka berada di tengah jalan dalam matanya tertutup dan lidahnya terkeluarnya yang menyamai gaya seperti mati selepas dilanggar.

“Dia suka mendapat perhatian orang lain, dia sanggup duduk di tengah jalan dan manusia lain akan mendekatinya untuk memeriksa sama ada dia masih hidup atau pun dah mati.”, kata pemilik Lolly.
Lesley Southam, pemilik kucing tersebut berkata Lolly sangat terkenal di kawasan tersebut serta orang ramai sudah mengetahui perangai Lolly.Lesley telah menulis nota serta mengedarkam poster yang tertulis notanya kepada seluruh jiran-jiran terdekat di kawasannya yang bertujuan menjelaskan perkara sebenar.

Dia menulis, “Hi nama saya Lolly. Saya sangat suka manusia dan suka berlakon seperti mati di tepi jalan. Saya agar berumur dan ignorant. Jadi, jangan risau tentang saya. Semua orang kenal saya dan vets pun kenal pemilik saya. Jika anda risau tentang saya, call je mak saya.”

Sumber: MIRROR
