PELAKON dan pengacara terkenal, Mira Filzah kini sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, 30 dengan sekali lafaz sahaja.Acara bersejarah itu telah berlangsung di Pusat Kovensyen Sime Darby yang bertempat di Bukit Kiara, Kuala Lumpur dalam kira-kira jam 8.58 malam.
Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27 atau lebih sinonimnya disapa Mira Filzah selamat dinikahkan oleh bapanya sendiri Badioezaman Ab. Khalik yang disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Bagi pihak perempuan, mereka menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwim serta 9 dulang dengan berbalas 11 dulang. Walaubagaimanapun, wang hantaran acara itu masih dirahsiakan lagi.Turut diterima barangan hantaran istimewa Mira buat suaminya Emir merupakan seutas jam tangan yang dihantar khas dari Hong Kong bagi proses pengukiran nota pendek.
Dengan mengenakan busana oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah mereka berdua kelihatan sedondon yang boleh diibaratkan bagai pinang dibelah dua.Dianggarkan Kira-kira 250 jemputan yang diterima termasuklah keluarga, rakan terdekat, rakan selebriti dan media.

Sebelum ini, Wan Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30 atau lebih sinonimnya disapa Emir telah menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagi suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Sementara itu, mereka telah merancang untuk berbulan madu serta bercuti di Pulau Langkawi. – SHARE RANGERS / INSTAGRAM
