Categories
Luar Negara

Donald Trump Luah Hasrat Untuk Haramkan TikTok Di Amerika Syarikat

WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kelmarin dilaporkan berhasrat untuk mengharamkan aplikasi hiburan popular, TikTok dari negara tersebut. Langkah itu dirancang atas kebimbangan terhadap platform itu dijadikan sebagai pengintipan China.

Laporan menyatakan sebelum ini Trump mahukan operasi TikTok di Amerika Syarikat dipisahkan dari syarikat induknya, ByteDance yang berpangkalan di Beijing, namun sebaliknya kelmarin beliau mengumumkan pengharaman aplikasi hiburan popular tersebut.

“As far as TikTok is concerned, we’re banning them from the United States.” petikan ucapan Trump kepada wartawan Air Force One.

Lantaran itu, TikTok kini menghadapi kehilangan sejumlah besar pengguna akibat daripada pengharaman dibeberapa buah negara. Terdahulu, aplikasi TikTok telah diharamkan di India di mana ia merupakan negara yang mempunyai pengguna tertinggi.

Menurut AppAnnie, kadar pegguna memuat turun aplikasi tersebut di India telah mencecah 190.6 juta manakala Amerika Syarikat berada di tangga kedua yang mempunyai kadar pengguna memuat turun yang mencecah 41 juta.Sebelum ini Amerika Syarikat telahpun mengharamkan pemasangan aplikasi ini oleh anggota tentera dan peranti rasmi milik penjawat awam.

Sumber: NDTV

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading