PASANGAN Youtuber terkenal, Sugu Pavithra memcipta sensasi menerusi saluran Youtube yang memaparkan demonstrasi masakan.Namun, hari ini pasangan terbabit telah memadam atau menyembunyikan semua kandungan video yang dihasilkan selama ini.
Sepanjang mereka mengendalikan saluran tersebut, terdapat 98 video yang dihasilkan dan meraih lebih 34 juta tontonan. Kebanyakan video itu dihasilkan terdapat pelbagai menu masakan masyarakat India yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar.
Mereka berjaya meraih 786,000 pengikut dalam tempoh yang singkat yang membabitkan pengikut dari dalam dan luar negara.Usaha pasangan tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menghantar hadiah kepada mereka.
Mereka juga berpeluang menghadiri majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Kuala Lumpur.Kali terakhir mereka memuat naik video adalah pada minggu lalu yang memaparkan percutian pasangan tersebut di Sunway City, Kuala Lumpur.
Selepas mendiamkan diri atas penahanan suaminya, Pavithra mengumumkan kepada media yang beliau telah memaafkan suaminya, Sugu, kerana mencederakannya. Terdahulu, Sugu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan memiliki senjata bahaya di tempat awam serta mencederakan isterinya.
Bagaimanapun, Sugu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin. – SHARE RANGERS
