Categories
Berita

Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP Akan Diperketatkan Semula

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diketatkan semula dibawah pelaksanaan PKPP.Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah tersebut diambil susulan kebimbangan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini dalam tempoh ini.

“Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini, Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya lagi

Walaubagaimanapun, SOP bagi sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut 31 Julai ini juga akam dimuktamadkan dan diumumkan Isnin ini.Selain itu, susulan beberapa kluster baharu dikesan membabitkan kru kapal, SOP berkaitan kumpulan terbabit turut diteliti.

“Polis akan memantau pematuhan SOP ketika sambutan Aidiladha sama seperti pada Aidilfitri lalu, jika berlaku pelanggaran SOP, tangkapan dan tindakan dibuat terus di lapangan,” menurutnya lagi.

Keperluan melaksanakan PKPD di Sarawak susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri tersebut akam dibincangkan kerajaan negeri tersebut dalam masa terdekat

“Keputusan (mesyuarat) akan dimaklumkan kepada pihak kerajaan (Persekutuan), (hasil mesyuarat) kita akan wartakan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),Kerajaan Sarawak mungkin akan perkenalkan SOP yang lebih ketat, Insya-Allah akan umum Isnin nanti,” ujarnya. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading