Categories
Berita

PKP Akan Dilaksanakan Semula, Jika Kes COVID-19 Cecah Tiga Angka

KOTA BHARU – Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes COVID-19 kembali meningkat kepada tiga angka.Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan tiada pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu itu bagi membendung wabak pandemik itu.

“Kalau sudah mencapai tiga angka kita tidak mempunyai pilihan lain dan akan memperkenalkan semula PKP dan kita akan melihat perkara ini, Saya memahami kalau PKP ini dikuatkuasakan semula, ia akan menyukarkan semua pihak termasuk kita yang mahu bekerja dan sebagainya,” katanya

Menurutnya lagi, peningkatan semula kes jangkitan kepada dua angka berpunca daripada kealpaan masyarakat terutamanya individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) “Esok akan ada satu mesyuarat membincangkan pelbagai perkara dan sekiranya kerajaan akan memutuskan pelbagai perkara, rakyat mestilah mematuhi SOP itu nanti,” katanya.

Beliau juga mengingatkan umat Islam yang pulang bersempena Hari Raya Aidiladha supaya mematuhi SOP termasuk ketika menghadiri ibadah korban. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading