Kategori
PRU-15

Tiada Parti Dapat Majoriti Mudah Kerusi Parlimen – Pengerusi SPR

PUTRAJAYA, 20 Nov – Tiada mana-mana parti memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak […]

Kategori
PRU-15

Jangan Percaya Dakwaan Pakai Seluar Pendek, Selipar Tidak Dibenar Mengundi – SPR

PETALING JAYA, 19 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak percaya dengan hebahan maklumat mengenai etika pakaian yang menyatakan memakai seluar pendek dan selipar tidak dibenarkan memasuki pusat mengundi. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, pengundi tidak perlu risau kerana isu pakaian yang tular itu adalah […]

Kategori
PRU-15

Ketua Polis Negara Tinjau Pusat Mengundi Di Ibu Kota

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini meninjau pusat-pusat pengundian di sekitar ibu negara sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi melihat kelancaran proses mengundi. Beliau memulakan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Amanpuri, Kepong, kira-kira 10 pagi dengan diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, […]

Kategori
PRU-15

Tarikh Baharu Pilihan Raya DUN Tioman Ditetapkan Pada 7 Disember

PUTRAJAYA, 19 Nov – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang yang tidak berlangsung hari ini berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi tadi, akan diadakan pada 7 Dis ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan hari ini berkata hari […]

Kategori
PRU-15

Pengeluaran Kertas Undi DUN Tioman Ditangguhkan

KUANTAN, 19 Nov – Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rompin Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek memaklumkan pengeluaran kertas undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Tioman ditangguhkan hari ini susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi ini. “Penangguhan hanya melibatkan DUN berkenaan sahaja manakala pemilihan bagi kawasan Parlimen Rompin akan dijalankan […]

Kategori
PRU-15

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Lima Negeri Hingga 9 Pagi

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah sehingga 9 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 6.30 pagi ini memaklumkan di Selangor melibatkan kawasan Hulu Langat manakala di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, […]

Kategori
PRU-15

Calon PN DUN Tioman Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama. Md Yunus daripada Pas yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan […]

Kategori
Berita

Rasuah: Bung Moktar, Isteri Beri Keterangan Bermula 23 September

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, melibatkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad bermula 23 Sept ini. Bung Moktar, 64, bersut biru gelap dan Zizie Izette, 44, bersut hitam memilih […]

Kategori
Berita

Bung Moktar, Zizie Izette Diperintah Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta melibatkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad, tujuh tahun lepas. Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan […]

Kategori
Berita

MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 Siap 98 Peratus, Dijangka Beroperasi Januari Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral kini sudah mencapai tahap 98 peratus siap, kata Pengarah Projek MRT Putrajaya Line Datuk Amiruddin Ma’aris. Beliau berkata operasi fasa dua dijangka bermula Januari tahun depan sekali gus akan membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari […]