Categories
PRU-15

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Lima Negeri Hingga 9 Pagi

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah sehingga 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 6.30 pagi ini memaklumkan di Selangor melibatkan kawasan Hulu Langat manakala di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Nabawan di bahagian Pedalaman, Tawau meliputi kawasan Kunak dan Lahad Datu serta Tangod di bahagian Sandakan.

https://embed.astroawani.com/embed-news-keyword/keyword/metmalaysia/id/392357

Sementara itu, MetMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan cuaca mendung di Sarawak melibatkan beberapa kawasan di Bintulu, Miri dan Limbang.

Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

— BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading