Kategori
Berita

Ribut Petir, Hujan Dijangka Berlaku Tiga Hari Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah selama tiga hari bermula hari ini. MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung, Sarawak dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan). Pada sebelah […]

Kategori
Berita

Selamatkan Adik Dalam Kebakaran, Muhammad Danish Rayqal Dianugerah Pingat Hang Tuah

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu di Kluang, Johor, Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas dianugerahkan Pingat Hang Tuah. Anugerah itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun […]

Kategori
Berita

Mahkamah Benar Permohonan Tommy Thomas Batal Saman Najib

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya atas pertuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache ketika membenarkan permohonan Thomas berkata tuntutan yang dikemukakan oleh Najib […]

Kategori
Berita

Tun M Ucap Tahniah, Selamat Maju Jaya Kepada PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10. Ucapan tahniah bekas perdana menteri itu disampaikan menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini. “Saya ucap tahniah kepada Dato’ […]

Kategori
Berita

Dua Maut, Enam Cedera Nahas Di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dua maut manakala enam cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM452 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), dekat Sungai Buloh awal pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang maut merupakan kanak-kanak perempuan dan lelaki dewasa. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.29 pagi tadi […]

Kategori
Berita

Rasuah: Bung Moktar, Isteri Beri Keterangan Bermula 23 September

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, melibatkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad bermula 23 Sept ini. Bung Moktar, 64, bersut biru gelap dan Zizie Izette, 44, bersut hitam memilih […]

Kategori
Berita

Bung Moktar, Zizie Izette Diperintah Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta melibatkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad, tujuh tahun lepas. Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan […]

Kategori
Berita

MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 Siap 98 Peratus, Dijangka Beroperasi Januari Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral kini sudah mencapai tahap 98 peratus siap, kata Pengarah Projek MRT Putrajaya Line Datuk Amiruddin Ma’aris. Beliau berkata operasi fasa dua dijangka bermula Januari tahun depan sekali gus akan membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari […]

Kategori
Berita

Gegelang Sotong Tiada DNA Babi – Timbalan KP Perikanan

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Jabatan Perikanan (DOF) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti yang ditularkan di media sosial. Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Mohd Sufian Sulaiman berkata jabatan itu melalui makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur, telah menjalankan identifikasi analisisa porsin ke atas sampel gegelang sotong […]

Kategori
Berita

MoU PDI Malaysia-Indonesia Libatkan Pembantu Rumah Ditunda 1 April Ini – Saravanan

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) meliputi pembantu rumah yang akan ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia ditunda pada 1 April ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. Beliau berkata sebelum ini majlis menandatangani MoU itu dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Jumaat ini, namun ditunda […]