Kategori
Berita

Malaysia Masih Runding Dengan Arab Saudi Agar Tiada Diskriminasi Vaksin – Khairy

PUTRAJAYA, 20 Okt – Malaysia masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi supaya tidak mengenakan diskriminasi vaksin bagi individu yang mahu ke negara itu bagi urusan mengerjakan umrah, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Kita masih berunding dengan Arab Saudi supaya tidak ada diskriminasi vaksin sebab kita dapati semua vaksin COVID-19 (yang digunakan Malaysia) adalah berkesan dan […]

Kategori
Berita

Pembentangan Rang Undang-undang Warga Emas Dijangka Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Rang Undang-undang Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. Beliau berkata kajian berhubung rang undang-undang itu telah selesai dijalankan pada 1 Okt lepas dan kini di peringkat persediaan. “Kerajaan sangat peka dengan keperluan warga emas dan […]

Kategori
Luar Negara

Bali Keluarkan Buku Panduan Untuk Pelancong Asing

DENPASAR (Bali), 20 Okt – Pemerintah provinsi Bali akan mengeluarkan buku panduan sebagai persediaan untuk menyambut ketibaan pelancong asing. “Memandangkan pemerintah akan membuka semula pelancongan di Bali pada 14 Okt (2021), kami akan menghasilkan buku panduan perjalanan untuk kegunaan pelancong asing,” lapor Agensi Berita Antara memetik ketua pelancongan Provinsi Bali, Putu Astawa di sini pada […]

Kategori
Hiburan

‘Squid Game’ Kini Berada Di Paris

PARIS, 4 Okt – Siri popular terbaru Korea Selatan “Squid Game” kini berada di Perancis sebagai promosi untuk menarik peminat di Eropah. Bermula Sabtu hingga Ahad, “Squid Game” akan berada di sebuah kafe di Paris bagi memberi peluang kepada pengunjung bergambar dengan kakitangan yang berpakaian berwarna merah seperti pengawal yang ada di dalam rancangan itu, […]

Kategori
Berita

PDRM Sahkan Panggil Semula Pendakwah Bebas Untuk Ambil Keterangan

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil semula seorang pendakwah bebas terkenal semalam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes gangguan seksual. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata turut dipanggil ialah isteri pendakwah itu. “Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga […]

Kategori
Berita

Vaksin: Ibu Kecewa Masyarakat Tular Berita Tak Betul Mengenai Anak

MELAKA, 1 Okt – “Ada yang kata anak saya tak makanlah, tak cukup tidurlah…padahal makan, tidur cukup. Sebelum pergi memang akan suruh mereka makan. Lepas tu yang akak paling kecewa bila dia kata anak akak dah meninggal,” luah Ulfah Mat Daris, 42. Ulfah merupakan ibu kepada Muhammad Azim Hassan, 13, remaja yang didakwa pengsan selepas disuntik […]

Kategori
Berita

Kes COVID-19 Menurun, Jepun Tarik Balik Darurat

TOKYO, 1 Okt – Perintah darurat COVID-19 di Jepun ditarik balik sepenuhnya pada Jumaat buat pertama kali sejak April, lapor Agensi Berita Kyodo. Sehubungan itu darurat yang dikenakan di bandar raya Tokyo dan 18 wilayah lain turut ditarik balik , berikutan penurunan berterusan kes baharu di seluruh negara. Perniagaan seperti restoran dan taman tema sudah siap sedia berdepan peningkatan […]

Kategori
Berita

Sektor Pelancongan Melaka Dibuka Untuk Rakyat Tempatan Bermula Esok – Exco

MELAKA, 30 Sept – Sektor pelancongan Melaka akan dibuka kepada rakyat negeri itu bermula esok sempena peralihan ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis. Beliau berkata antara aktiviti dibenarkan ialah pelancongan dan kebudayaan dalam negeri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk […]

Kategori
Berita

Lebih 400,000 Individu Bawah 18 Tahun Dijangkiti COVID-19 Tahun Ini – Khairy

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Lebih 400,000 kes jangkitan COVID-19 melibatkan individu bawah 18 tahun direkodkan tahun ini, meningkat daripada sekitar 12,000 pada tahun lepas. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 252,569 adalah murid sekolah manakala 42,831 lagi melibatkan kanak-kanak prasekolah dan lebih membimbangkan 67 kes kematian telah dicatatkan tahun ini. “Adalah […]

Kategori
Berita

Khidmat Acryl Sani Sebagai KPN Dilanjutkan Secara Kontrak Selama 2 Tahun

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) akan dilanjutkan selama dua tahun secara kontrak selepas beliau bersara wajib awal bulan depan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Acryl Sani, 59, dilantik secara kontrak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Okt 2021 hingga 3 […]