Categories
Ringkas

Kelantan Arah Kompleks Beli-belah, Pasar Raya Tutup Operasi Hari Pertama Aidiladha

KOTA BHARU, 20 Mei – Kelantan mengarahkan semua kompleks membeli-belah dan pasar raya di negeri ini menutup operasi sepenuhnya pada hari pertama Aidiladha.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu sama seperti pelaksanaan Aidilfitri sebelum ini.

Menurut beliau, premis makanan segera, kedai serbaneka dan premis seumpamanya pula hanya dibenarkan beroperasi selepas jam 1 tengah hari pada hari pertama Aidiladha.

“Keputusannya sama dengan apa yang telah kita putuskan pada Aidilfitri lalu.

“Kompleks membeli-belah, pasar raya dan juga pasar raya besar ditutup sepenuhnya pada hari pertama hari raya.

“Premis makanan segera, kedai serbaneka dan premis seumpamanya ditutup hingga jam 1 tengah hari pada hari pertama Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Mohamed Fadzli memberitahu, pelaksanaan itu bertujuan memberi ruang kepada pekerja Islam menunaikan solat sunat Aidiladha selain melaksanakan ibadah korban bersama keluarga. – Sinar Harian

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading