Indeks Pasport Henley melaporkan Singapura kini telah mengungguli kedudukan pertama dalam kategori pasport paling berkuasa di dunia mengatasi Jepun.
Pasport Singapura kini membenarkan pemegangnya masuk tanpa visa ke 192 destinasi daripada 227 negara di serata dunia.
Kedudukan pasport global bagi tahun 2023 telah dijalankan berdasarkan data yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Antarbangsa (IATA).
IATA telah menyenaraikan pasport dunia berdasarkan bilangan destinasi yang boleh diakses oleh pemegangnya tanpa memerlukan visa masuk.
Jerman, Itali dan Sepanyol masing-masing berada di kedudukan kedua di mana rakyat mereka dibenarkan melawat ke 190 destinasi global.
Jepun yang mendahului senarai tahun lalu kini tergelincir ke kedudukan ketiga dengan pasportnya membenarkan akses bebas tanpa visa 189 destinasi.
Jumlah itu telah berlaku penurunan sebelum ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 193 pada tahun 2022.
Selain Jepun, negara seperti Austria, Finland, Perancis, Luxembourg, Korea Selatan dan Sweden turut menduduki tempat yang sama iaitu ketiga.
Dalam pada itu, negara United Kingdom telah melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat keempat, setelah merosot enam tahun kebelakangan ini. – CNBC
