Categories
Tular

Johnny Depp Raih 7.6 Juta Pengikut Selepas 18 Jam Buka Akaun TikTok

NAMA pelakon Hollywood, Johnny Depp masih menjadi sebutan dalam kalangan pengguna media sosial setelah tular kisahnya memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Seminggu berlalu, Johnny dilihat membuka akaun TikTok miliknya pada Selasa dan mendapat perhatian ramai sehingga meraih 7.6 juta pengikut dalam tempoh 18 jam sahaja.

Johnny turut berkongsi video penghargaan kepada semua peminat sebagai video pertama yang dimuat naik ke laman media sosial tersebut. Dia sempat meninggalkan kata-kata penghargaan kepada semua peminat yang sentiasa menyokongnya dan memberi semangat terutama ketika tempoh perbicaraan selama enam minggu lalu.

“Kita telah pergi ke mana-mana bersama-sama, kita telah melihat segala-galanya bersama-sama. Kita telah berjalan di jalan yang sama bersama-sama. Kita melakukan perkara yang betul bersama-sama, semuanya kerana anda mengambil berat,” tulisnya di ruangan kapsyen. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading