Categories
Luar Negara

Kajian Dapati Vaksin Moderna Mampu Beri Perlindungan Imunisasi Selama Enam Bulan

SATU kajian baharu yang dikeluarkan baru-baru ini mendapati vaksin jenis Moderna mampu memberikan perlindungan sekurang-kurangnya enam bulan kepada penerimanya.

Menurut laporan portal berita United Press International (UPI), hasil penyelidikan sama turut mendapati suntikan dos penggalak tidak diperlukan buat mereka yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Dipercayai vaksin Moderna ini mampu menghasilkan perlindungan jangka masa panjang terhadap virus COVID-19 untuk semua peringkat umur termasuk 70 tahun ke atas yang lebih rentan.

“Perlindungan imunisasi yang diberikan oleh Moderna sangat stabil dan ia satu penemuan yang menakjubkan. Ini satu petunjuk yang baik untuk sistem antibodi badan kita dalam melawan COVID-19,” jelas pengarang bersama kajian dan profesor penyelidikan vaksin di Institut Imunisasi La Jolla, Shane Crotty.

Vaksin Moderna dihasilkan dengan teknik yang serupa dengan vaksin jenis Comirnaty keluaran syarikat Pfizer-BioNTech iaitu menggunakan formula mRNA.

Penemuan itu adalah berdasarkan kajian ke atas 35 individu yang mendaftar dalam ujian klinikal awal vaksin dan menerima versi dos rendag, setara dengan satu per empat daripada dos 100 mikrogram yang diberikan sekarang. – UPI

Amirul Fahmi's avatar

By Amirul Fahmi

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading