Kategori
Sukan

Kepulangan Wira Negara, Ziyad Zolkefli, Wei Lun Dijangka Tiba Di Tanah Air Hari Ini

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Kepulangan jaguh paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dijangka tiba pada jam 5.30 petang hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut bersamanya, pemenang pingat perak kedua negara, Chew Wei Lun menerusi acara Boccia individu BC1 di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Kepulangan kedua mereka bakal disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Ahmad Faizal sebelum ini turut memaklumkan yang beliau secara peribadi akan menyambut kepulangan Ziyad Zolkefli dan akan tetap disambut sebagai wira kebanggaan negara.

Selasa lalu, arena sukan dunia digegarkan dengan sebuah insiden mengejutkan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang mana kemenangan pingat emas yang dicapai Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter yang memecahkan rekod dunia baharu telah dibatalkan serta merta.

Pembatalan pingatnya itu merujuk kepada Peraturan 5.5 WPA – ‘Kegagalan Melapor Di Bilik Menunggu (Call Room)’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu yang ditetapkan dalam jadual bilik menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS iaitu ‘Did Not Start‘.

Berikutan itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin menghormati tindakan Ukraine kerana mereka mempunyai hak untuk melakukan protes berhubung keputusan acara lontar peluru itu, seperti dibenarkan dalam peraturan pertandingan sukan.

Mengulas lanjut, beliau turut merayu agar semua rakyat Malaysia melupakan insiden tersebut dan kembali fokus dan bersatu memberikan sokongan kepada penjuangan atlet negara dalam misi mereka mencapai sasaran membawa pulang tiga emas dari Jepun. – ASTRO AWANI

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

One reply on “Kepulangan Wira Negara, Ziyad Zolkefli, Wei Lun Dijangka Tiba Di Tanah Air Hari Ini”

Tinggalkan komen