Categories
Berita

“Tiada Sebab Untuk Rakyat Kecewa Kerana Mereka Patut Duduk Rumah.” – Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan tiada sebab untuk rakyat melahirkan rasa kecewa dan marah kepada kerajaan sepanjang tempoh ‘total lockdown‘.

Menurutnya, segala usaha yang diambil pihak berkuasa termasuk mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya (SJR) pada hujung minggu untuk memastikan kepatuhan kepada disiplin diri rakyat dipertingkatkan.

Menurut lagi, rakyat seharusnya mematuhi peraturan serta meningkatkan disiplin berikutan banyak statistik mengenai pandemik COVID-19 telah dikeluarkan.

“Kenapa mereka (rakyat) hendak kecewa? Mereka tidak seharusnya keluar, untuk mereka yang benar-benar perlu keluar dan membeli barangan keperluan, kita akan pastikan mereka dilepaskan.

“Tetapi untuk mereka yang tidak ada sebab, tambah-tambah hari minggu, tidak ada orang kata hendak ke pejabat pada hari minggu,” kata beliau dalam sidang media selepas membuat pemantauan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Jumaat.

Dalam pada itu katanya, bilangan SJR terutamanya di Selangor serta ibu negara akan ditambah melebihi 1,000 pada setiap hari, berbanding 930 SJR dan Ops Benteng yang ada sekarang.

Hamzah berkata, keputusan itu dilakukan hasil perbincangan dengan Ketua Polis Negara dan dua negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur akan ditumpukan. Sebelum ini, dilaporkan sekatan jalan raya di seluruh negara akan ditambah daripada 600 kepada lebih 800, bermula sekatan pergerakan dilaksanakan. Kira-kira 70,000 anggota polis dan agensi bawah KDN turut akan ditugaskan sepanjang tempoh terbabit. – ASTRO AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading