Categories
Tular

Lelaki Agresif, Pecahkan Cermin Kereta Guna Topi Keledar Akhirnya Ditahan

MUAR, 16 Mac – Polis menahan seorang penunggang motosikal yang bertindak agresif, dengan memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Pekan Parit Jawa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asistem Komisioner Zaharudin Rasip, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 3.20 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang mototikal berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.

“Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

“Suspek juga memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Zahirudin berkata, suspek yang ditahan pihak polis kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 38 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki berang sehingga memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik seorang wanita di Pekan Parit Jawa, Muar. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading