Categories
Luar Negara

Lelaki Ini Sanggup Perdayakan Isterinya Semata-mata Untuk Memiliki Konsol PS5 Dengan Dakwaan Membeli ‘Wi-Fi Router’

AKIBAT terlalu obses untuk memiliki konsol permainan PlayStation 5 (PS5), seorang lelaki di Vietnam sanggup menipu isterinya dengan dakwaannya melanggan perkhidmatan jaringan internet tanpa wayar (Wi-Fi).

Namun, dipercayai lelaki itu telah berpakat dengan kakitangan pemasangan PS5 yang diminta untuk berpura-pura sebagai seorang juruteknik pemasangan peranti ‘Wi-Fi Router’ di rumahnya setelah menyakinkan isterinya bahawa konsol permainan itu adalah ‘Wi-Fi Router’.

Foto: Gamer Secret

Melalui satu video tular di Facebook, juruteknik tersebut yang memakai pakaian seragam menyerupai salah satu syarikat penyedia internet utama di Vietnam dilihat datang ke rumah pasangan itu.

Juruteknik itu dilihat melakukan tugasnya dengan baiknya dalam memasang konsol permainan itu. Sedangkan wanita itu tidak mengetahui taktik suaminya itu dan menyangka petugas berkenaan memasang peranti ‘Wi-Fi Router’.

Foto: Gamer Secret
Foto: Gamer Secret
Foto: Gamer Secret

Malah, lelaki itu turut menambahkan pelekat nombor telefon pada konsol permainan itu bagi menampakkan penipuan itu lebih dipercayai. Taktik lelaki Vietnam itu dipercayai berdasarkan salah satu YouTuber animasi di Korea Selatan iaitu bernama JangBijju yang turut tular sebelum ini.

Animasi itu turut menggambarkan seorang lelaki yang cuba memperdayakan isterinya untuk mempercayai bahawa konsol permainan PS5 itu adalah penghala Wi-Fi (Wi-Fi Router) yang disebut sebagai “Plash Speed”. – MOTHERSHIP

Amirul Fahmi's avatar

By Amirul Fahmi

𝗩𝗲𝗿𝗢𝗳𝗢𝗲𝗱 π—”π˜‚π˜π—΅π—Όπ—Ώ β˜‘

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading