KUALA LUMPUR, 12 Nov – Penganjuran anugerah hiburan tahunan, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat di ibu negara adalah dibenarkan kerana ia tersenarai di bawah industri kreatif dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan dalam tempoh PKPB.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak penganjur serta kru yang terlibat perlulah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan. Menurutnya lagi, penonton dibenarkan untuk hadir, para peserta diwajidkan memakai pelitup muka di samping tidak melibatkan kru yang banyak dan memegang statusnya sebagai warga asing.
“SOP yang ada memang ketat seperti penonton dibenarkan hadir, mewajibkan peserta memakai pelitup muka, tidak melibatkan warga asing dan jumlah kru yang minimum. Konsert itu turut dipantau wakil MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia),”ujarnya
Tegasnya, segala kegiatan yang dilakukan sewaktu acara berkenaan akan dipantau oleh wakil khas yang dihantar. oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika terdapat pelanggaran SOP, pihak penganjur akan diambil tindakan oleh pihak polis.
“Jika berlaku pelanggaran SOP, penganjur akan diambil tindakan oleh pihak polis,” katanya pada sidang media harian berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Khamis.
Ia susulan terdapat soalan yang mempersoalankan kewajaran ABPBH diadakan dalam tempoh PKPB namun perlawanan Piala Malaysia terpaksa dibatalkan.
Tegasnya, perlawanan bola sepak dengan persembahan hiburan mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Hal ini kerana aktiviti sukan bola sepak merupakan aktiviti sukan secara bersentuhan yang menjadi sebab utama mengapa aktiviti ini dilarang dalam tempoh PKPB. – SHARE RANGERS
