Kategori
Berita

Warga Asing Dibenarkan Solat Jemaah, Jumaat Selepas Keadaan Stabil

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memastikan beberapa yang diambil dalam mengawal penularan COVID-19 di masjid dilaksanakan dengan sepenuhnya, sebelum membenarkan warga asing menunaikan solat jemaah, jumaat di rumah ibadat itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebagai langkah permulaan, pihaknya perlu memastikan setiap warga tempatan yang beragama Islam mempunyai peluang untuk menunaikan solat di masjid.Menurut beliau, kerajaan juga membenarkan solat jumaat diadakan dalam skala yang lebih besar berbanding sebelum ini

“Langkah ketiga, kita hadkan satu pertiga kapasiti di masjid. Keempat kita lebarkan lagi (ruang solat) berdasarkan penjarakan sosial oleh kerana ramai orang. Ini saya cakap di Wilayah Persekutuan.

“Sebagai contoh, kita lebarkan di bahagian sayap kiri dan kanan selain luar masjid. Tujuannya kita tidak mahu orang kata dia tak dapat nak solat berjemaah.

“Kita juga cuba ‘hidupkan’ surau untuk kita lakukan solat Jumaat. Kita mengizinkan mengikut difatwakan untuk surau melakukan solat Jumaat dengan syarat mereka minta kebenaran Iabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pejabat mufti supaya ia boleh dipantau sebaik mungkin.

“Apabila keadaan ini sudah stabil dan difahami sepenuhnya, Insya-Allah selepas ini kita akan tengok pula dengan keadaan warga asing (kebenaran untuk mereka solat Jumaat di masjid),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Cuci-Cuci Masjid dan Musa’adah COVID-19 di Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling hari ini.Dalam pada itu, pihaknya akan membaiki kekurangan dan menambah baik pendekatan dan langkah terbabit dari semasa ke semasa selepas mendapat laporam daripada pihak berkaitan setiap minggu.

“Mereka yang tidak dapat hadir untuk solat Jumaat, boleh menunaikan solat Zuhur di rumah.Setakat ini, setiap dasar dibuat dengan cermat. Alhamdulillah keadaan masih baik di Malaysia dengan izin Allah daripada segi pengawalan COVID-19.

“Hal ini dapat dilihat mengikut angka (kes positif COVID-19) dilaporkan setiap hari, kita perlu kawal wabak itu dengan sebaiknya,” katanya.Awal bulan lalu, media melaporkan kelonggaran syarat mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan keluasan masjid hanya tertakluk kepada warga tempatan.

Memetik percakapan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Seri Ismail Sabri Yaakob, kelonggaran itu tidak termasuk bagi warga asing di negara ini. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen