Categories
Berita

Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Yang Berjaya Mengawal Covid-19

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah menzahirkan rasa gembira serta mengumumkan bahawa Malaysia kini merupakan antara negara yang paling berjaya melawan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, negara kita telah berjaya menempuh satu tempoh masa yang agak mencabar dalam menangani wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

“Tapi berkat usaha, kesungguhan dan diri kita semua. maka Malaysia hari ini telah pun dapat dikatakan berjaya untuk menguruskan wabak ini ke satu tahap yang boleh kita katakan, membanggakan.

“Malaysia hari ini telah pun diiktiraf berjaya menguruskan wabak COVID-19 dan dikatakan antara negara yang amat berjaya di dunia. Alhamdulillah,” katanya dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Kejayaan ini diperoleh adalah merupakan hasil daripada kesungguhan serta kerjasama yang diberikan oleh banyak pihak terutamanya petugas barisan hadapan sehingga ke rakyat jelata.

“Saya nak mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penjawat awam yang terlibat, (iaitu) the fronliners, doktor, jururawat, tentera, polis, anggota-anggota MKN, NADMA, JKM (dan) mereka-mereka yang berada di barisan hadapan yang tidak dapat saya sebutkan satu-persatu,” jelas Muhyiddin lagi. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading