Categories
Ringkas

RTM, Astro Perkukuh Kerjasama Perkasa Industri Kandungan Tempatan

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Astro Malaysia Holdings Berhad terus mengukuhkan hubungan strategik bagi memastikan masyarakat memperoleh akses kepada kandungan berkualiti menerusi pelbagai medium penyiaran.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua organisasi menyatakan komitmen untuk memperluaskan kerjasama yang mampu merangsang pertumbuhan industri kreatif dan pembangunan kandungan tempatan.

Menurut mereka, perubahan pesat dalam dunia media menuntut pendekatan yang lebih dinamik dan inklusif bagi memenuhi kehendak pengguna yang kini menikmati kandungan melalui pelbagai platform.

Kerjasama berkenaan juga dilihat penting dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat kreatif tempatan serta membina ekosistem media yang lebih mampan dan berdaya saing.

Selain itu, inisiatif tersebut dijangka meningkatkan penyampaian maklumat berkepentingan awam dengan menyediakan kandungan yang diyakini, relevan dan mudah diakses oleh rakyat.

RTM dan Astro turut berkongsi aspirasi untuk mewujudkan pengalaman media yang lebih mesra pengguna di samping menawarkan nilai terbaik kepada penonton dan pendengar di negara ini.

Kedua-dua pihak percaya kerjasama erat antara pemain industri penyiaran amat penting dalam memastikan kandungan berkualiti dapat terus dinikmati pada kos yang berpatutan meskipun landskap media semakin berkembang.

Dalam perkembangan sama, saluran TV1, TV2 dan TV Okey akan terus disediakan menerusi platform Astro, NJOI dan Sooka untuk tontonan rakyat Malaysia.

Selain itu, peluasan siaran Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian radio RTM di platform Astro dijangka diperkenalkan kepada pelanggan dalam masa terdekat. – Astro AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading