Categories
Ringkas

KPM Kaji Semula Keperluan Kembalikan UPSR, PT3 – Fadhlina

PUTRAJAYA, 9 Jan – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula sistem peperiksaan negara melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), susulan polemik dibangkitkan masyarakat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) akan mendapatkan pandangan pakar pendidikan serta meneliti laporan dan data berkaitan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Perkara ini akan dilakukan sesegera mungkin, saya minta Ketua Pengarah Pendidikan, Azam Ahmad memberikan pandangan kementerian, manakala ahli MPPK juga akan membincangkannya.

“Laporan kaji selidik dan sebarang keputusan akan diserahkan kepada ahli Kabinet untuk diteliti,” ujar Fadhlina ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026.

Untuk rekod, UPSR dimansuhkan pada tahun 2021, manakala PT3 dihentikan pada tahun 2022, kemudian digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Berdasarkan pemerhatian pendapat umum, sebahagian masyarakat berpandangan langkah berkenaan mengakibatkan sebahagian pelajar keciciran prestasi akademik. – Astro AWANI / Asyraf Malik

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading