PEMENANG Ballon D’Or, Karim Benzema telah mengejutkan dunia bola sepak susulan pengumuman untuk bersara daripada karier antarabangsanya kelmarin, sehari selepas Perancis tewas di tangan Argentina pada perlawanan akhir Piala Dunia, Ahad lalu.
“Saya sudah berusaha dan kesilapan yang dibuat untuk membawa saya di mana saya berada ketika ini dan saya bangga dengannya! Saya sudah menulis cerita saya dan hubungan kita berakhir,” kata pemain Real Madrid yang berusia 35 tahun itu di laman Twitter miliknya.
Benzema yang sudah menjaringkan 37 gol dalam 97 penampilan buat Perancis terpaksa menarik diri daripada skuad Perancis dalam Piala Dunia sebelum perlawanan pertama kerana mengalami kecederaan pada paha kirinya dalam latihan.
Selain itu, jurulatih pasukan Perancis Didier Deschamps memilih untuk tidak menggantikan pemain pasukannya dalam Piala Dunia Qatar kerana beranggapan bahawa Perancis masih mempunyai kekuatan dalam skuad itu, khusus dalam serangan yang diketuai 0leh pemain berusia 23 tahun, Kylian Mbappe.
Penyerang Paris Saint-German, Mbappe telah memenangi anugerah ‘Kasut Emas Piala Dunia FIFA’ dengan menjaringkan 8 gol, termasuk hatrik pada penentuan penalti berikutan mata jaringan terikat 3-3 bersama Argentina pada tambahan masa. – AFP
