Kategori
Berita

Khairy Dedah Lima Sebab Kenapa Anda Perlu Kurangkan Kebergantungan Terhadap Ujian RT-PCR

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu ciapan di laman Twitternya mendedahkan lima sebab mengapa kita perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian Real-Time Reverse TranscriptionPolymerase Chain Reaction (RT-PCR) terutama dalam gelombang Omicron.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa ujian RT-PCR hanya sesuai digunakan dalam situasi tertentu sahaja seperti perjalanan ke luar negara atau untuk pulang ke Malaysia. Justeru, ini sebab-sebab mengapa kita perlu kurangkan berbergantungan terhadap ujian RT-PCR selepas ini:

  1. Ujian PCR lebih mahal daripada Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen yang lebih murah dan mudah untuk didapati di pasaran.
  2. Keputusan PCR mengambil masa yang lama iaitu antara 24 hingga 48 jam berbanding keputusan RTK yang hanya memerlukan tempoh 15 minit untuk diperolehi.
  3. Ujian RTK sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi.
  4. Jika seseorang itu telah pulih daripada jangkitan COVID-19 dan dia melakukan semula ujian PCR, keputusan tetap menunjukkan yang dia positif kerana ia mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi.
  5. Apabila negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, ujian PCR dilihat kurang efektif bagi mengesan kes positif dengan lebih pantas jika dibanding dengan ujian RTK terutama ketika negara menghadapi gelombang Omicron.
@khairykj

Mengapa kita perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian PCR terutama dalam gelombang Omicron? #fyp #kkm #covid19

♬ Tiger Blood – Jonathan Paulsen
Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen