MALAYSIA Airlines dilaporkan telah melarang sebarang bentuk makanan siap saji atau hidangan pemanasan sendiri dalam semua penerbangan mereka berkuat kuasa serta merta, lapor Astro AWANI.
Malaysia Airlines menerusi satu kenyataan memaklumkan larangan itu turut dikenakan sama ada dalam bagasi berdaftar atau kabin oleh penumpang atau anak kapal atas faktor keselamatan.
“Hidangan Pemanasan Sendiri atau Hidangan Sedia untuk Dimakan termasuk pek haba atau pek pemanasan sendiri yang cepat dan mudah seperti periuk panas, nasi dan minuman.
“Pek ini mengandungi bahan berbahaya seperti serbuk magnesium, serbuk besi, karbon pepejal terbakar sendiri atau kalsium oksida yang menghakis yang membebaskan gas mudah terbakar apabila terkena air,” kata kenyataan tersebut.
Tambah Malaysia Airlines, keselamatan dan keselesaan penumpang dan anak kapal kekal penting bagi pihaknya. – ASTRO AWANI
