Kategori
Berita

Mahkamah Arah Harta Muhammad Sajjad Disita, Dilelong

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengarahkan harta milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat, disita dan dilelong, lapor Astro AWANI.

Tindakan itu bertujuan untuk menuntut pampasan berjumlah RM200,000 yang gagal dibayarnya kepada bekas stokis utama, Owa Resources Sdn. Bhd.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan juga pengeluar perintah itu, Farah Wahida Md Nor, berkata, arahan itu juga dikeluarkan susulan kegagalan Sajat membayar jumlah penghakiman pada Disember lalu.

Arahan sita itu dikeluarkan di kediaman Sajat pada jam 10.30 pagi Selasa di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya lagi, arahan itu turut berikutan Nur Sajat yang dikatakan gagal memberikan sebarang maklum balas untuk membayar pampasan apabila gagal sewaktu sesi rayuannya April lalu.

Difahamkan, Sajat gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada stokisnya, menurut apa yang dipersetujui.

Sementara itu, peguam yang mewakili pihak OWA Resources Sdn. Bhd, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli berkata, penyitaan akan turut dibuat terhadap aset lain sekiranya ia tidak mencukupi membayar hutang saman. Menurut mereka, barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

“Writ penyitaan dan penjualan telahpun ditampal di premis defendan pada hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini,”

“Sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual,” tambah Nurul Hafidzah dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan Nur Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis selepas menjalani beberapa dakwaan di mahkamah. Ini termasuk tindakannya yang melarikan diri ke beberapa negara bertujuan untuk mendapatkan perlindungan dan lolos daripada pihak berkuasa. – ASTRO AWANI

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen