Kategori
Berita

TMJ Mahu Jumpa 779 Guru Yang Tolak Vaksin COVID-19

JOHOR BAHRU, 22 Ogos – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima suntikan vaksin COVID-19, bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan isu itu.

Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter rasmi baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,” titah baginda dalam ciapan berkenaan.

Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan susulan seorang netizen berkongsi lapoaran media mengenai seramai 779 guru di Johor menolak daripada menerima suntikan vaksin COVID-19.

Hari ini, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, dilaporkan kira-kira 779 guru di negeri ini menolak daripada menerima vaksin COVID-19.

Mazlan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksin.

“Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu bagi diberi penerangan dan kaunseling supaya mereka faham kepentingannya apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti,” katanya. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

One reply on “TMJ Mahu Jumpa 779 Guru Yang Tolak Vaksin COVID-19”

Tinggalkan komen