Kategori
Teknologi

China Lancar ‘Pasport Virus’ Pertama Dunia, Mendahului Negara Lain

CHINA hari ini melancarkan program sijil kesihatan untuk pelancong domestik, ia sekali gus mendahului negara lain yang dalam perancangan untuk mengeluarkan ‘pasport virus’.

Sijil digital yang memaparkan status vaksinasi pengguna dan hasil ujian virus pengguna itu, tersedia untuk warga China melalui satu program di dalam platfrom pemesejan & media sosial popular China, WeChat, yang telah dilancarkan kelmarin.

Menurut Jurucakap Kementerian Luar China, sijil itu diterbitkan untuk membantu menyokong pemulihan ekonomi dunia serta memudahkan perjalanan secara rentas sempadan.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, sijil kesihatan antarabangsa itu hanya boleh digunakan oleh rakyat China sahaja dan penggunaannya belum diwajibkan.

Sijil tersebut, yang turur tersedia melalui bentuk kertas, dipercayai merupakan pasport virus pertama di dunia. Amerika Syarikat (AS) dan Britain merupakan antara yang sedang mempertimbang untuk mengeluarkan sijil seumpamanya.

Kesatuan Eropah (EU) turut dalam proses menerbitkan ‘pas hijau’ yang akan membenarkan penduduknya melakukan perjalanan antara negara anggota dan keluar negara.

Program yang dilaksanakan China ini merangkumi kod QR tersulit yang membenarkan setiap negara mendapatkan maklumat kesihatan pelancong, lapor agensi media Xinhua semalam.

‘Kod QR kesihatan’ di dalam aplikasi WeChat dan aplikasi telefon pintar China lain seumpamanya kini diperlukan untuk dibenarkan masuk ke dalam pengangkutan domestik dan kebanyakan kawasan awam lainnya di China.

Aplikasi itu dapat mengesan lokasi pengguna dan menghasilkan kod ‘hijau’ jika pengguna tidak menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19, atau berkunjung ke kawasan zon merah (penularan virus), namun ia turut mencetuskan kebimbangan mengenai isu privasi dan pemantauan kerajaan. – AFP

Amirul Fahmi's avatar

Oleh Amirul Fahmi

( Verified Author ☑ ) Amirul Fahmi merupakan seorang penulis blog yang memulakan kariernya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

2 replies on “China Lancar ‘Pasport Virus’ Pertama Dunia, Mendahului Negara Lain”

Tinggalkan komen