KUALA TERENGGANU, 7 Nov – Hampir seminggu berlarutnya tragedi menyayat hati, pemergian Nur Surya Ismail, 19, hakikatnya keluarganya sukar melupakannya disamping masih lagi terkesan terdapat kejadian sedemikian.
“Saya masih terluka sebab tidak percaya suspek sanggup berbuat begitu. Jauh di lubuk hati, rasa sakit itu masih ada. Saya tidak marahkan keluarga dia (suspek). Kami antara keluarga memang tak kenal dia tapi mereka berdua (suspek dan mangsa) memang rapat.
“Setakat ini keluarga dia (suspek) masih belum datang minta maaf. Kalau mereka datang nak jumpa, saya sedia terima. Benda sudah jadi, nak buat macam mana,” ujarnya.
Meskipun redha akan kejadian tersebut, beliau akui hatinya masih lagi terluka apabila mengenangkan kejadian menyayat hati itu menimpa anak perempuannya itu.
Selain itu, beliau turut akui bahawa seorang lagi anak perempuannya Nor Liyana Syuhada, 15 antara yang paling terkesan terdapat kejadian terdapat kerana dia merupakan orang yang pertama melihat sendiri keadaan kakaknya itu yang cedera parah sewaktu kejadian tersebut.
“Antara kami, dia (Nor Liyana) yang paling terkesan sebab dia adalah orang pertama yang melihat sendiri bagaimana keadaan arwah yang cedera teruk dalam kejadian itu,” ujarnya lagi
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, pihaknya telah menemui sebilah pisau yang dipercayai sebagai senjata utama yang digunakan suspek dalam kes pembvnvh4n Siti Nur Surya.
“Senjata tajam itu ditemukan di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Telemong, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian dan dipercayai diambil dari rumah mangsa sebelum dicampakkan ke lokasi tersebut.”, katanya.
Ahad lepas, Siti Nur Surya telah ditemui adiknya Nor Liyana dalam keadaan m4ti berlumuran darah dengan pergelangan tangan kirinya putus di ruang tamu rumah di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu. Susulan itu, polis menahan seorang remaja perempuan yang juga rakan mangsa keesokan hari selepas tampil ke balai polis dengan ditemani ibunya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SHARE RANGERS
