Kategori
Berita

Pemberian Kredit RM50 e-Penjana Akan Diberikan Mulai Esok!

MULAI esok, orang ramai akan menerima RM50 kredit e-Penjana yang terdapaf pada aplikasi e-dompet Touch ‘n Go eWallet, Boost, GrabPay.Bagi memohon kredit ini, pemohon mesti memuat turun salah satu daripada ketiga-tiga e-dompet tersebut, serta memuat turun aplikasi MySejahtera.Tempoh bagi memohon kredit tersebut adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaannya adalah pada 30 September 2020.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program yang bernilai RM750 juta kredit e-Penjana ini adalah antara inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang bertujuan membantu merancakkan semula perbelanjaan pengguna di Malaysia.

“Program ini dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak Covid-19 MySejahtera, inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, setiap pemohon yang layak boleh menebus RM50 kredit e-Penjana daripada Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet, pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya lagi, pemohon disarankan untuk memuat turun serta mengemas kini data di dalam aplikasi MySejahtera, manakala peniaga dan peruncit perlulah menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut bagi mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga e-Penjana berjalan lancar di premis mereka.

“Rakyat juga diingatkan bahawa bagi tujuan pelaksanaan e-Penjana, Kementerian Kewangan hanya mengiktiraf aplikasi MySejahtera, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.”Pastikan data peribadi hanya dikongsi dengan aplikasi yang rasmi dan sahih,” katanya lagi. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen